welcome to my page

assalamualaikum...
hey buddies.. thanks to take a short of your time by visiting my page..

no big deal..juz make a friend with me!

Monday 26 August 2013

TENTANG AKU

aku hamba Allah.
aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang , nikmat dan rahmat yang Allah bagi tak terkira banyaknya untuk aku dan keluarga, tapi still banyak lagi dengar rungutan banyak lagi keluhan yang aku sendiri kadang-kadang tak perasan. sebagai hamba aku kena sentiasa mengingati kebesaran Dia, dalam sekelip mata maybe hidup aku terus switch kalau Dia inginkannya. solat pun kadang kadang banyak silap tambah dengan otak merewang(tak khusyuk). banyak dosa kering dosa basah, yang nyata, yang suram , yang sengaja tak sengaja yang dah aku buat hanya Dia yang tahu segalanya. maybe benda yang aku pikir tak berapa berdosa adalah satu dosa, and maybe benda yang aku pikir "tak mengapa" sebenarnya memang dititik beratkan.

aku seorang wanita
haha yang ni nak gelak sikit, wanita lah sangat! hmm, dah 21 ni macam macam orang cakap kalau diri still single. belum tunang dikata dah tunang, belum ada calon dikata dah ada calon lagi setahun lah apalah, untuk ayah and ibu, bila nak menantu.huh..penat jawab raya raya ni.kalau ikotkan memang tengah hangat hangat kalau aku berada dalam dunia orang berpasang pasang ni, wooo..haha kalau ada yang mengajak banyak benda yang aku pikirkan, susah nak jaga diri sendiri kalau dah terjebak cukup lah dulu zaman muda muda, kihkih, tak seronok pon.membazir ada untung pon ada sikit, at least boleh dapat pengajaran dan pengalaman. biasalah budak budak kalau belum try selagi tu dia tak puas hati. sekarang fokus untuk lebih serius menjalin dengan yang halal.insyaallah kalau ada jodoh yang dah ditetapkan untuk aku. buat masa ni nak fokus for my own success and career, cehh dah bukak pasal career, grade pon belum lagi.

aku seorang pelajar
insyaallah lagi setahun kalau diizinkan olehNya, aku grade. susah nak habiskan tapi sekejap je lagi kan bersabar jelah , aku ikhlas belajar tapi kadang kadang niat tu lari lari yang aku tahu, aku belajar nak cari kerja bagus, nak tolong ibu dengan ayah and adik adik, nak balas balik jasa diorang, tu yang aku tahu. aku sedar aku ni sederhana levelnya. aku takut cuak pon ada dengan cabaran kat luar yang bakal aku lalu. yess, sekarang susah banyak saingan. insyaallah rezeki ada kat mana mana, yang aku tahu and apa yang aku kena buat aku kena usaha lebih lagi keras lagi kuat oke. hmm.. (see belum apa apa dah mengeluh) senang cakap susah nak buat, aku bukan seorang yang kuat determinationnya, and semangatnya, kalau tak ye ye memang naye wei.. apa apa pon aku memang hidup dengan doa ibu and ayah aku.

aku seorang anak
betul apa orang kata watak ibu and ayah kadang kadang mempengaruhi anak anak lagi lagi kalau dah ditunjuk sejak kecik.. ye tak. haha aku tak delah nak cakap ayah ibu aku jahat ke apa, tapi as korang tahu benda simple simple, perangai ke sifat ke or whatever. contoh macam ayah, hihi frankly said ayah bukan seorang yang sangat penyayang dan bukan seoarang yang suka bermanja dengan anak, so kitorang kekok la sikit dengan ayah, tak pandai nak bermanja.. huhu cakap ayah kuat, so kitorang cakap dengan ayah pon automatik jadi kuat,.wuuuiii takut babe kalau ayah marah, cakap dah kuat pon boleh buat orang nak menangis, tak payah pakai tangan, tapi one thing that so special about my dad is, dia sebolehnya akan berikan , memenuhi keperluan kitorang, dari segi makan memang tak pernah lapar, syukur alhamdulilah, he's responsible dad ever. aku banyak kali bercakap dalam hati or pada diri sendiri untuk menerapkan mana yang baik and try jangan ikot mana yang kurang elok. at least try. -murah hati-seikhlasnya sayang-

jadi hamba yang baik,jadi anak yang baik, kawan yang baik,pelajar yang baik, pekerja yang baik, isteri yang baik, menantu yang baik, mummy yang baik, nanny yang baik..insyaallah

Thursday 13 June 2013

hari kedua..

lumpur yang pekat likat menutupi kaki dari melangkah     aku cuba menarik dia   ya aku tarik walaupun dia bukan muhrimku   jika dibiar mungkin selut lumpur akan menelan dia dari terus berdiri di muka bumi!   

huhh! dahi Idlan basah keringatnya bagaikan pekerja buruh   mengucap panjang untuk mimpi ini   
mengapa dia yang terngiang di benak fikiran    bermimpi pula mengenai dirinya   lama termenung selepas usai melakukan qiam berzikir memuji sang pencipta    ya aku harus jumpa dia
assalamualaikum saudari
waalaikumussalam    hmm kening dinaikkan
maaf kalau mengganggu, saya Idlan , Muhamad Idlan Shah saya ada sesuatu yang dibincangkan dengan saudari, saya harap saudari sudi meluangkan masa
nama aku Dina, Zara Irdina binti Tan Sri Zainal and aku rasa aku takde masa nak layan kau, for something which is none of my business..sorry, i'm not interested    bengis gayanya.

Idlan menyepi sementara Dina berlalu meninggalkannya.

malu menyelubungi diri, terasa bodoh menebal di hati    Idlan menekup lagi muka untuk yang beribu kalinya


Zara Irdina

masih bermaya

rasa mahu menitis air mata tapi tak tahu apa punca dan tujuannya, mungkin kerana terlalu penat dengan helah dunia mungkin juga kerana dosa yang tak terbilang banyaknya
apa makna tersirat yang memang tersimpul rapi hanya dia yang mengerti
ujian dan dugaan silih berganti tidak mahu berhenti selagi nafas dan kelahi masih di sini
untuk apa dunia ini jika nanti aku tak pasti apa akan jadi
adakah selesa atau perit hidupku nanti
apa yang terjadi semua DIA ketahui
mungkin ada hikmah, mungkin ada nikmat yang bakal jadi
bersabar sahaja wahai hati, buang lukamu ganti dengan yang suci

Saturday 18 May 2013

merangkak

idlan menekup mukanya    dalam hati dia tidak keruan memikirkan sang puteri yang indah
astaghfirullah al azim dia mengucap   patutkah untuk aku memikirkan hal ini    hati menyoal otak
di saat dia sedang menempuh pelbagai jenis dugaan   kaki melangkah lalu wudu' di ambil   sebarang dua  helaian ayat-ayat quran cuba dihadam    lega sedikit

"kau tepilah siot!" pedas sungguh santunnya perempuan itu   adakah engkau sudah dirasuk idlan? idlan bertanya pada diri sendiri   wanita yang sebegitu rupa bagaimana boleh dia memikirkannya, sedangkan ramai yang lembut wajah, litup dijaga dan indah bahasa tidak langsung berada di ingatan.

ya Allah, apakah ini.....

Zara Irdina

Thursday 21 February 2013

Entry bersama memek muka buruk Amy

sepi semalam tiada ku rasa lagi
hari ini situasi kembali riuh..
aku bersyukur kepada Ilahi
untuk sepi
untuk riuh ini..
sepinya hari membuat aku berfikir kepadaNya
riuhnya hari mengisi kekosongan diri
mereka suka
aku tidak pasti mereka menyedari akan kenikmatan ini
mungkin mereka tidak menginsafi dengan sepinya hari
tanda tanya menguasai hotak kepala dan pikiran 
mengapa sepi mengapa riuh kembali
kerana tv
ya, tv lah punca hariku se[pi dan riuh kembali.. hahahahah
semalam recoder astro rosak terbakar
hari ni dah betul. hihi..
thanks ayah sebab cepat ambil recoder astro petang tadi. hihihi..
=))) =pppp

harap maaf tajuk tiada kaitan dengan cerita kerana adikku di sebelah bernama Amy kebosanan lalu membuat memek-memek muka pelik dan buruk menemani aku di sisi.. kuang kuang kuang!!

















Friday 15 February 2013

kita mampu merancang tuhan menentukan



entry kedua untuk 2013
percayakah yang anda masih berada di bumi yang subur walaupun banyak bencana alam yang menimpa?
bersyukurlah Allah S.W.T masih memberi kesempatan kepada umat kekasihNya untuk berubah.
alhamdulilah, semoga hidayah diberi kepada aku seperti Allah memberikan hidayah kepada Sham kamikaze, Diana Amir, Yatt Hamzah dan artis2 yang dah berubah yang lain. (contoh artis senang) harap-harapnya mereka berubah lillahita'ala
oke yang tu first thing first.

sejak dua menjak umur dah cecah 20 nak ke 21 nih.. ramai pulak kawan-kawan yang dah bina masjid, alhamdulilah, beruntunglah mereka-mereka yang dah berlaki, ada orang yang jaga, makan pakai dah tak payah nak mintak parents lagi and yang paling best boleh lah dating secara halalnya. haha wooo.. fikir tu semua memang best, TANGGUNGJAWAB kawan-kawan! makin besar, aku harap and aku doakan semoga mereka dah cukup ilmu di dada untuk alam mereka and aku harap mereka bahagia dunia akhirat. restu parents tu penting. kalau ayah, sorry awal-awal.. dah warning! tunggu grade then dapat kerja dulu baru pikir pasal kawin.. huhuiii... insyaallah, nasib jodoh pun belum sampai.. muahahaha. yelah Allah tu maha memahami situasi aku dan kelilingku. thankGod
 -masihku mencari cintaMu sebelum ku bertemu cintanya-




Tuesday 29 January 2013

sekejap tapi...kesan mendalam



siapa ni? yang ini siapa pulak? sambutan hari jadi aku disertai oleh beberapa orang lelaki yang tak aku kenali. mungkin dari kalangan kawan punya kawan. aku , seperti sambutan cliche yang lain dibaling tepung bagai. berlari-lari anak elak terkena serangan. kemudian silih pula bergambar dengan kawan-kawan dan keluarga tercinta, entah mana datangnya mereka (keluarga), tup-tup ada kat tempat kejadian. aku tersenyum, suka.
klimaksnya, masa untuk kembali ke asrama tak silap aku layaknya seperti rumah setinggan berupa flat. aku dan fiza ke beranda melihat ke bawah   ZAAPPP!!!
 aku dan fiza berlari ke dalam .
mengapa kelihatan fiza di bawah memakai telekung dan agak
mengGERUNkan?? dan peliknya fiza pun turut terkejut dengan apa yang ditontonnya sebentar tadi.
kami mengunci pintu.
aku, fiza, tirah, dan kak dee yang masih lagi dengan telekungnya masing-masing ketakutan menanti apa yang mungkin bakal jadi.
kami mengintip dari atas pintu di tengah-tengah rumah, pintu tengah besar antara ruang tamu dan dapur
Ggrrrrrrrr!!

BENDA tu pun dok mengintip kitorang dekat celah-celah atas pintu. menakutkan matanya mengeliar ke arah kami. kami memandang sama sendiri. dan BENDA tu bukan lagi menyerupai fiza, dia seakan perempuan tua yang rambutnya mengurai kusut dan matanya putih membulat garang.
kak dee cuba menenangkan kami dia suruh kami act selambe je. gila apa? berderau je darah babe.
aku cuba. dan aku tak tahan. aku masuk toilet buang air lama aku kat dalam dengan senyap.
sebabnya toilet kami kat depan( antara pintu masuk yang ada BENDA TU dengan pintu tengah) entah arkitek mana yang bijak sangat buat toilet kat depan pulak nih, dekat wey dengan PINTU tu.
aku mengambil wudu', niat untuk bersolat.
kemudian aku keluar perlahan lahan, ASTAGHFIRULLAH AL AZIM!! mengucap aku bila makhluk tu dah merangkak perlahan ke ruang pintu tengah. dia macam cicak yang boleh merangkak ke dinding dengan rambutnya yang masai menggeletakkan seluruh zahir dan batinku.
aku??.. koranggg!!!! tolong akuuuu!!!
aku merangkak dengan perlahan .
ya Allah! tak dapat nak diluahkan dengan perasaan momen aku tengah merangkak tu.
then, aku rasa BENDA tu macam dapat rasa ada something belakang dia. dia pun berhenti merangkak.
oke fine, aku dah tak selamat!
aku buat-buat macam patung berhenti bergerak dan bernafas.
aku jeling
dia nak tolehhh akuuuuu!!! ggrrrrrrrrrrrhhh
aku push aku push.. tak tahu untuk apa.. push lagi.. dan
ALHAMDULILAH AKU SELAMAT..
dengan pantas aku bangun!.. tengok jam kat dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi.
aku terus ke bilik air, ambil wudu' .solat isyak!.. hahahahhahaahha,
(nilah padahnya kalau lambat-lambatkan solat)
pengajaran sey!!hohoho..ampunkan daku ya Allah.