welcome to my page

assalamualaikum...
hey buddies.. thanks to take a short of your time by visiting my page..

no big deal..juz make a friend with me!

Monday 24 December 2012

dia..
 berkulit putih kemerah merahan,
lembut dan suci seperti bayi
dia..
 seorang yang ganjil
malah dia seorang yang pelik
terlalu baik sehingga perinya tidak boleh menipu
dia..
 gampang disayangi orang sekeliling
mudah disenangi orang lain
dia..
 menjaga adab dan akhlaknya
menjaga solat dan ibadahnya
bijak juga orangnya
ciri-ciri menantu pilihan itu dirinya
dia..
 menyayangi keluarganya lebih dari dirinya
menemani rakannya meluahkan rasa
ketenangan diraih gundah pula dirinya
dia..
 bersuara lunak
air tangan mencampak jadi enak
tersangat pemurah rezkinya ada 

bukan pujian semata,
bukan melambung niatnya
beruntung siapa yang memilikinya

 

Sunday 23 December 2012

masih ada

jejak-jejak,
hanya ditinggalkan tanpa kesan
melainkan tapak kasut yang bercat
langkag-langkah,
besar mahupun kecil
mengorak ke sana ke mari
berhenti sejenak lalu terus pergi
detik,
masakan ia dapat dibilang lagi di kira
bagai kuman yang menjamah dunia
 saat,
ada tikanya gembira kala menangis
ada yang pedih ada yang berbunga
 minit,
alangkah lengkap kalau dihiasi ayat-ayat suci
walau pendek, walau sekejap tapi hakikat bukan auta
 jam,
mimpi ngeri ataupun suka dijamah
telinga mata memekakkan membutakan rasa
hari,
duniawi lebih bererti
pantas kilat tanpa disedari
minggu,
7 siang 7 malam matahari dan bulan menjadi pasangan
jumpa kembali khutbah yang singkat
 bulan,
1000 malam di nanti penuh erti
banyak yang lain tapi berbeda semua
tahun
kenangan, memori, pengalaman, pengajaran, pembelajaran,
silih berganti
mana nak disimpan mana nak di lupa
diri bersyukur terhadap Ilahi
dikurnia masa masih berdiri.

apa yang tertulis tak ku ketahui

seronok?..mestilah even benda tu tak mengubah apa-apa sangat. tapi aku bersyukur. rasa tu jarang-jarang aku dapat rasa, sebab hmm, memang aku tak perform.aku malas, aku tak macam diorang yang lain, tapi aku tahu aku yang malas nak ke arah tu, kalau yang lain boleh of course aku boleh.
angka di penghujung kanan laptop menunjukkan lagi 3 jam unuk bersiap ke kelas dan ya, hari ini harinya aku dipertonton, hari ini hari aku meluahkan segala yang telah aku usahakan, even tak banyak dan tak se perfect mana, dan yang paling penting memang aku tak ready. terlalu sengal aku ni, masa dan peluang dia bagi terlalu cukup untuk aku dapat bercakap dengan seindah anganan aku, yakin seperti mahuku.
dada ,darah berkocak aku pujuk tapi tak boleh.memang sah aku gelabah , jam tu aku hanya berserah ,berdoa padaNya, permudahkan segala urusanku. macam aku tengah masak, tetiba termati api, aku petik lagi panaskan masakan, sambil tengok buku resepi aku bubuh tak seberapa perencah . dan akhirnya siap saat lega sudah aku capai.tapi..  lepas tu
melihat yang lain menghemburkan kata-kata dengan jelas dan yakin, aku mula rasa dibebani. perasaan tu sungguh tak seronok.diorang masak tak tengok buku resepi dengan yakin menambah garam gula cukup perencah. hasilnya mungkin sedap. berada dalam kalangan yang paling bawah aku rasakan memang bukan harapan aku, memang aku kalau boleh nak jauhkan. tapi dia dah datang. aku tak pelawa.aku rasa.
aku cuba. ha ah, aku cuba mengawal, senyum tak tahu plastik ke real.
dan berapa detik kemudian, aku berangan menyangka seperti semuanya mudah dan alangkah bahagianya kalau aku dapat meletakkan setinggi-tinggi semangat dan kebolehan aku untuk dipersembahkan. tapi hehe, hanya hayalan semata. akhir momen. butir-butir nama diumum..
 dan NOR ALBANIAH AHMAD ZAKARIA.
Syukur alhamdulilah..

Sunday 14 October 2012

AKU NI GOLONGAN TEH?.. MAYBE

pergi seminar konvensyen kaunseling plus perkampungan peer's 1 malaysia kat Shah Alam  baru-baru ni buatkan aku sedar yang aku ni adalah dalam kategori TEH.. dari mana aku dapat kategori tu??.. haha jawapan dia, adalah dari ustaz ZAMRI yang pemes giler kat tv9 tu.. huhu.. i likee!! dapat jumpa dia an depan-depan.. puhh.. memang best gilak..oke back to the first subject. TEH.

orang islam,
 ada 3 kategori,yang pertama air kosong yang bersih suci,=yang hatinya sangat bersih dan suci tanpa maksiat
 kedua, air TEH,= tak baik tak jahat solat-solat jugak tapi still buat maksiat dan perkara lagha.
 and the third one is air kopi.=yang betul-betul tak kisah dosa pahala, neraka dan syurga yang hatinya hitam pekat melekat. penuh maksiat.

teh adalah golongan yang sedang-sedang.. tak baik sangat tak jahat mana.. haha, buat maksiat tapi tau benda tu dosa dan tak patut buat tapi dia buat jugak..buat maksiat sikit pon mcm x berapa nak nampak. (apelah kau putar-putar ni ba oi)..

so i'm in that category.

cara aku nak pulih(pulih sakit apa ba??)haha..
bersihkan hati, iaitu melalui 5 cara
-solat malam
-zikir
-puasa
-berkawan dengan orang soleh
-baca al-quran

okey, so kalau aku nak jadi orang-orang yang berada dalam golongan air kosong yang putih bersih aku kena  terus dan terus menerus melakukan 5 perkara tersebut.. haha..(main-main pulak ko ba) kalau tak kuat iman boleh jadi air kopi aku nih.. huii.. nauzubillah babe.. tolong jauhkan..

kawan-kawan renungkan anda berada di mana?

Friday 7 September 2012

colour kawan

ada yang macam tu ada yang macam ni.. hujung ke pangkal pokonya macam-macam. itulah kawan
yang aku, memang macam itu dan ini. one thing that i realize is, kawan-kawan aku semua comel bukan sahaja dari segi rupa bahkan dari segi perwatakan. frankly serious! tiada diorang hidup aku takde colour walau hitam warnanya tetap berwarna. belajar memahami dan menyenangi setiap kelemahan dan kekurangan mereka itulah menyeronokkan dan menyedarkan diri yang sama dua kali lima banyak kekurangannya.
sayang betul sayang, rindu nanti rindu, ingat tetap ingat,..

differentiation between R&S

dah lama tak share kisah hati dekat skrin putih ni.
hmm.. talking about what i feel now.
aku rasa kenikmatan hidup aku berubah bila datang Syawal,
aku rasa aku lagi jatuh hati kat Ramadhan,
kenapa Ramadhan tinggalkan aku?
aku takut kalau-kalau dah tak jumpa Ramadhan lepas ni.
Ramadhan dah buatkan aku rasa aku dekat denganNya.
membuat aku berfikir tentang dosa-dosa semalam mahupun kelmarin.
Syawal? kenapa aku rasa aku pelik dan teruk.
mungkin menambah dosa yang sudah sedia ada menimbun.
Ramadhan buatkan aku mengalirkan air mata ,tapi rasa itu melegakan.
Syawal buatkan aku ketawa, gelak, dan itu tidak memuaskan hati.
bukan salah Ramadhan mahupun Syawal
kerna telah buat aku berasa begini.

Sunday 5 August 2012

dunia liabiliti

no words..
..jantung berdegup bukan main pantas. entah..
..aku sendiri tak tau nak explain..
..mati, kematian, kalau aku mati, kadang-kadang tu yang aku kenang dalam kekalutan hari..
..baguslah at least ingat mati lagi baik dari buat something yang lagha(selalu kot buat)..
..kalau Allah nak aambil aku time nih aku rela??..
..ya- aku rela aku diambil daripada ayah ,ibu atau budak-budak ni yang di ambil..
..tak-tak rela!!!..berkapal-kapal dosa tu aku le yang nak kena tanggung..takuttt ya Allah!..
..bersyukur masih ade lagi sisa nyawa yang diberi pinjam..
..hihi dengan adanya family yang paling disayangi..
..dunia liabiliti ni aku lalui dengan penuh gilang gembira haha!..
..sayangibuayahshikinzureenamyika..

Saturday 23 June 2012

indahnya perasaan. cantekmacam-macam. macam tu. macam nisuka.marah.sedih.seronok.pilu.sunyi. berkejar hendak diluahkansuka. bersama rakan-rakan berjimba-jimba. berjalan menyambut ketua kerajaan datangmarah. pabila terdapat segolongan yang pentingkan dirisedih. mengenangkan dosa yang tidak dapat di hindarseronok. melayan keseronokan duniawipilu. meminta dariNya petunjuk dan minta dijauhkan dari syaitan sunyi. manusia masih sunyi walaupun dengan kehadiranNya


#perasaan berbaur rasa

Saturday 2 June 2012

kenape kalau kau tau tu salah tapi kau still buat???

sebab setan!!
ya.. hasutan syaitan amat menyengat perasaan, sanubari..
kalau diri tak kuat.. habis.. musnah di lenyek si setan..
dia tu buat dose.. huh! tak payah nak selak sibuk pasal hal kain dia..
jaga hal kain sendiri..
menginsafi kesalahan diri lagi bermakna hidup..
menangisi dose sendiri lagi bahagia diri..
bersujud mengingati kebesarannya lagi tenang rase..

sang teman 1 dan 2

mata belum jua mahu lelap..
memikirkan nasib diri..
cepat..
bagi idea..
sang teman..
cube cakap apa yg tirah cakap ni ha..
cube tulis apa yg tirah cakap..
ape bende korang ni.. aeh aeh,, tulis betul nih... ssshhhhh...
keadaan senyap...
LOL..
KALAU ADE BUNYI SEDAPKAN.. HAHAHAHA.. 
sang teman gelak ketawa sejenak melupakan tekanan jiwe..
sakit jiwe ke ba?
ya aku memg sakit..
kerana pa?
kerana cinta????
amboiiiii!!!!!! oh nooo.....
bukan sang teman 1 dan 2..
bukan..
aku sakit jiwa kerana hangpa berdua!!!!
hahahah... sang teman 1 dan 2..
astaghfirullah al azim.. aduhhh,... ape dah jadi...
aduyhaiiii...haiii haiiii......
(lagu siti)

esok sambung kembali jikamana jaringan internet pifi wanfan mengizinkan..
selamat malam dunia. harapan mimpi indah belaka.

bila nak study??

bila nak study bilamana otak dok pikir bila nak kawin???


dinihari di pagi buta sedang aku mamai, senyuman patrick yg menggode mampu mencairkan hati sesiapa memandang.. walaupun matanya merekah berakar ingin mampus, tetapi ia masih tersenyum jua memberi inspirasi kepada sang pemilik...
dalam senyap tanpa suara, patrick menyuruh aku study.. di saat semua berdengkur aku masih lagi di sana setia di atas sofa yang empuk memikirkan diri yg giat malas..
bila nak study???
dengan sang farah aktif berdiskusi tentang perkahwinan waaahh!! makin hangat perbualan kitaorang.
bila nak kawin?????
bilamana calon pon tiade
siapa yang ingin bergelar sang calon bilamana diri ini tiada sempurna mana..
yakin sang pencipta yg sentiasa berada di sisi, DIA maha menetukan segala
bila nak study???
dengan sepasang mata yg berkedip-kedip ingin berdengkur jua huh! bagaimana??


-mohon petunjuk dariNya.-
TP tanpa usaha..