welcome to my page

assalamualaikum...
hey buddies.. thanks to take a short of your time by visiting my page..

no big deal..juz make a friend with me!

Thursday, 21 February 2013

Entry bersama memek muka buruk Amy

sepi semalam tiada ku rasa lagi
hari ini situasi kembali riuh..
aku bersyukur kepada Ilahi
untuk sepi
untuk riuh ini..
sepinya hari membuat aku berfikir kepadaNya
riuhnya hari mengisi kekosongan diri
mereka suka
aku tidak pasti mereka menyedari akan kenikmatan ini
mungkin mereka tidak menginsafi dengan sepinya hari
tanda tanya menguasai hotak kepala dan pikiran 
mengapa sepi mengapa riuh kembali
kerana tv
ya, tv lah punca hariku se[pi dan riuh kembali.. hahahahah
semalam recoder astro rosak terbakar
hari ni dah betul. hihi..
thanks ayah sebab cepat ambil recoder astro petang tadi. hihihi..
=))) =pppp

harap maaf tajuk tiada kaitan dengan cerita kerana adikku di sebelah bernama Amy kebosanan lalu membuat memek-memek muka pelik dan buruk menemani aku di sisi.. kuang kuang kuang!!

















Friday, 15 February 2013

kita mampu merancang tuhan menentukan



entry kedua untuk 2013
percayakah yang anda masih berada di bumi yang subur walaupun banyak bencana alam yang menimpa?
bersyukurlah Allah S.W.T masih memberi kesempatan kepada umat kekasihNya untuk berubah.
alhamdulilah, semoga hidayah diberi kepada aku seperti Allah memberikan hidayah kepada Sham kamikaze, Diana Amir, Yatt Hamzah dan artis2 yang dah berubah yang lain. (contoh artis senang) harap-harapnya mereka berubah lillahita'ala
oke yang tu first thing first.

sejak dua menjak umur dah cecah 20 nak ke 21 nih.. ramai pulak kawan-kawan yang dah bina masjid, alhamdulilah, beruntunglah mereka-mereka yang dah berlaki, ada orang yang jaga, makan pakai dah tak payah nak mintak parents lagi and yang paling best boleh lah dating secara halalnya. haha wooo.. fikir tu semua memang best, TANGGUNGJAWAB kawan-kawan! makin besar, aku harap and aku doakan semoga mereka dah cukup ilmu di dada untuk alam mereka and aku harap mereka bahagia dunia akhirat. restu parents tu penting. kalau ayah, sorry awal-awal.. dah warning! tunggu grade then dapat kerja dulu baru pikir pasal kawin.. huhuiii... insyaallah, nasib jodoh pun belum sampai.. muahahaha. yelah Allah tu maha memahami situasi aku dan kelilingku. thankGod
 -masihku mencari cintaMu sebelum ku bertemu cintanya-




Tuesday, 29 January 2013

sekejap tapi...kesan mendalam



siapa ni? yang ini siapa pulak? sambutan hari jadi aku disertai oleh beberapa orang lelaki yang tak aku kenali. mungkin dari kalangan kawan punya kawan. aku , seperti sambutan cliche yang lain dibaling tepung bagai. berlari-lari anak elak terkena serangan. kemudian silih pula bergambar dengan kawan-kawan dan keluarga tercinta, entah mana datangnya mereka (keluarga), tup-tup ada kat tempat kejadian. aku tersenyum, suka.
klimaksnya, masa untuk kembali ke asrama tak silap aku layaknya seperti rumah setinggan berupa flat. aku dan fiza ke beranda melihat ke bawah   ZAAPPP!!!
 aku dan fiza berlari ke dalam .
mengapa kelihatan fiza di bawah memakai telekung dan agak
mengGERUNkan?? dan peliknya fiza pun turut terkejut dengan apa yang ditontonnya sebentar tadi.
kami mengunci pintu.
aku, fiza, tirah, dan kak dee yang masih lagi dengan telekungnya masing-masing ketakutan menanti apa yang mungkin bakal jadi.
kami mengintip dari atas pintu di tengah-tengah rumah, pintu tengah besar antara ruang tamu dan dapur
Ggrrrrrrrr!!

BENDA tu pun dok mengintip kitorang dekat celah-celah atas pintu. menakutkan matanya mengeliar ke arah kami. kami memandang sama sendiri. dan BENDA tu bukan lagi menyerupai fiza, dia seakan perempuan tua yang rambutnya mengurai kusut dan matanya putih membulat garang.
kak dee cuba menenangkan kami dia suruh kami act selambe je. gila apa? berderau je darah babe.
aku cuba. dan aku tak tahan. aku masuk toilet buang air lama aku kat dalam dengan senyap.
sebabnya toilet kami kat depan( antara pintu masuk yang ada BENDA TU dengan pintu tengah) entah arkitek mana yang bijak sangat buat toilet kat depan pulak nih, dekat wey dengan PINTU tu.
aku mengambil wudu', niat untuk bersolat.
kemudian aku keluar perlahan lahan, ASTAGHFIRULLAH AL AZIM!! mengucap aku bila makhluk tu dah merangkak perlahan ke ruang pintu tengah. dia macam cicak yang boleh merangkak ke dinding dengan rambutnya yang masai menggeletakkan seluruh zahir dan batinku.
aku??.. koranggg!!!! tolong akuuuu!!!
aku merangkak dengan perlahan .
ya Allah! tak dapat nak diluahkan dengan perasaan momen aku tengah merangkak tu.
then, aku rasa BENDA tu macam dapat rasa ada something belakang dia. dia pun berhenti merangkak.
oke fine, aku dah tak selamat!
aku buat-buat macam patung berhenti bergerak dan bernafas.
aku jeling
dia nak tolehhh akuuuuu!!! ggrrrrrrrrrrrhhh
aku push aku push.. tak tahu untuk apa.. push lagi.. dan
ALHAMDULILAH AKU SELAMAT..
dengan pantas aku bangun!.. tengok jam kat dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi.
aku terus ke bilik air, ambil wudu' .solat isyak!.. hahahahhahaahha,
(nilah padahnya kalau lambat-lambatkan solat)
pengajaran sey!!hohoho..ampunkan daku ya Allah.

Monday, 24 December 2012

dia..
 berkulit putih kemerah merahan,
lembut dan suci seperti bayi
dia..
 seorang yang ganjil
malah dia seorang yang pelik
terlalu baik sehingga perinya tidak boleh menipu
dia..
 gampang disayangi orang sekeliling
mudah disenangi orang lain
dia..
 menjaga adab dan akhlaknya
menjaga solat dan ibadahnya
bijak juga orangnya
ciri-ciri menantu pilihan itu dirinya
dia..
 menyayangi keluarganya lebih dari dirinya
menemani rakannya meluahkan rasa
ketenangan diraih gundah pula dirinya
dia..
 bersuara lunak
air tangan mencampak jadi enak
tersangat pemurah rezkinya ada 

bukan pujian semata,
bukan melambung niatnya
beruntung siapa yang memilikinya

 

Sunday, 23 December 2012

masih ada

jejak-jejak,
hanya ditinggalkan tanpa kesan
melainkan tapak kasut yang bercat
langkag-langkah,
besar mahupun kecil
mengorak ke sana ke mari
berhenti sejenak lalu terus pergi
detik,
masakan ia dapat dibilang lagi di kira
bagai kuman yang menjamah dunia
 saat,
ada tikanya gembira kala menangis
ada yang pedih ada yang berbunga
 minit,
alangkah lengkap kalau dihiasi ayat-ayat suci
walau pendek, walau sekejap tapi hakikat bukan auta
 jam,
mimpi ngeri ataupun suka dijamah
telinga mata memekakkan membutakan rasa
hari,
duniawi lebih bererti
pantas kilat tanpa disedari
minggu,
7 siang 7 malam matahari dan bulan menjadi pasangan
jumpa kembali khutbah yang singkat
 bulan,
1000 malam di nanti penuh erti
banyak yang lain tapi berbeda semua
tahun
kenangan, memori, pengalaman, pengajaran, pembelajaran,
silih berganti
mana nak disimpan mana nak di lupa
diri bersyukur terhadap Ilahi
dikurnia masa masih berdiri.

apa yang tertulis tak ku ketahui

seronok?..mestilah even benda tu tak mengubah apa-apa sangat. tapi aku bersyukur. rasa tu jarang-jarang aku dapat rasa, sebab hmm, memang aku tak perform.aku malas, aku tak macam diorang yang lain, tapi aku tahu aku yang malas nak ke arah tu, kalau yang lain boleh of course aku boleh.
angka di penghujung kanan laptop menunjukkan lagi 3 jam unuk bersiap ke kelas dan ya, hari ini harinya aku dipertonton, hari ini hari aku meluahkan segala yang telah aku usahakan, even tak banyak dan tak se perfect mana, dan yang paling penting memang aku tak ready. terlalu sengal aku ni, masa dan peluang dia bagi terlalu cukup untuk aku dapat bercakap dengan seindah anganan aku, yakin seperti mahuku.
dada ,darah berkocak aku pujuk tapi tak boleh.memang sah aku gelabah , jam tu aku hanya berserah ,berdoa padaNya, permudahkan segala urusanku. macam aku tengah masak, tetiba termati api, aku petik lagi panaskan masakan, sambil tengok buku resepi aku bubuh tak seberapa perencah . dan akhirnya siap saat lega sudah aku capai.tapi..  lepas tu
melihat yang lain menghemburkan kata-kata dengan jelas dan yakin, aku mula rasa dibebani. perasaan tu sungguh tak seronok.diorang masak tak tengok buku resepi dengan yakin menambah garam gula cukup perencah. hasilnya mungkin sedap. berada dalam kalangan yang paling bawah aku rasakan memang bukan harapan aku, memang aku kalau boleh nak jauhkan. tapi dia dah datang. aku tak pelawa.aku rasa.
aku cuba. ha ah, aku cuba mengawal, senyum tak tahu plastik ke real.
dan berapa detik kemudian, aku berangan menyangka seperti semuanya mudah dan alangkah bahagianya kalau aku dapat meletakkan setinggi-tinggi semangat dan kebolehan aku untuk dipersembahkan. tapi hehe, hanya hayalan semata. akhir momen. butir-butir nama diumum..
 dan NOR ALBANIAH AHMAD ZAKARIA.
Syukur alhamdulilah..

Sunday, 14 October 2012

AKU NI GOLONGAN TEH?.. MAYBE

pergi seminar konvensyen kaunseling plus perkampungan peer's 1 malaysia kat Shah Alam  baru-baru ni buatkan aku sedar yang aku ni adalah dalam kategori TEH.. dari mana aku dapat kategori tu??.. haha jawapan dia, adalah dari ustaz ZAMRI yang pemes giler kat tv9 tu.. huhu.. i likee!! dapat jumpa dia an depan-depan.. puhh.. memang best gilak..oke back to the first subject. TEH.

orang islam,
 ada 3 kategori,yang pertama air kosong yang bersih suci,=yang hatinya sangat bersih dan suci tanpa maksiat
 kedua, air TEH,= tak baik tak jahat solat-solat jugak tapi still buat maksiat dan perkara lagha.
 and the third one is air kopi.=yang betul-betul tak kisah dosa pahala, neraka dan syurga yang hatinya hitam pekat melekat. penuh maksiat.

teh adalah golongan yang sedang-sedang.. tak baik sangat tak jahat mana.. haha, buat maksiat tapi tau benda tu dosa dan tak patut buat tapi dia buat jugak..buat maksiat sikit pon mcm x berapa nak nampak. (apelah kau putar-putar ni ba oi)..

so i'm in that category.

cara aku nak pulih(pulih sakit apa ba??)haha..
bersihkan hati, iaitu melalui 5 cara
-solat malam
-zikir
-puasa
-berkawan dengan orang soleh
-baca al-quran

okey, so kalau aku nak jadi orang-orang yang berada dalam golongan air kosong yang putih bersih aku kena  terus dan terus menerus melakukan 5 perkara tersebut.. haha..(main-main pulak ko ba) kalau tak kuat iman boleh jadi air kopi aku nih.. huii.. nauzubillah babe.. tolong jauhkan..

kawan-kawan renungkan anda berada di mana?